top of page

Profil Syarikat

BIODATA PENGASAS >>

 

RIDAM RESOURCES dimiliki oleh Ust. Syakirin yang juga pengasas kepada Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM). Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dalam keluarga peranakan Kelantan. Jalur keturunannya adalah dari nasab Sheikh Ibrahim Jamadil Kubra (keturunan Ibu) melalui nasab keturunan Syeikh Al-Ahmady (Pattani, Thailand) iaitu nasab keturunan hingga kepada Sayyidina Hussein (cucu Rasulallah SAW).

 

Ust. Syakirin DarulManzil

Beliau adalah cucu sulong dalam generasi ke-8 keturunan Al-Ahmady (keluarga Hj. Yusoff) dan anak sulong daripada 7 adik-beradik. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Kemaman dalam Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, beliau menyambung pengajian ke Malaysia France Institut (MFI) dan tamat pengajian dalam Jurusan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik. Beliau juga mengambil pengajian luar dengan NIOSH untuk kelayakan sebagai 'Safety Officer' dan masih belajar (sehingga kini) dalam Pengajian Psikologi di Universiti Terbuka (OUM).

 

Minat beliau dalam perubatan alternatif bermula sedari umur 9 tahun bila Ibu saudaranya (kakak ibu) diberi anugerah oleh Allah untuk merawat pelbagai masalah penyakit mistik dan aktif merawat serta membantu mereka yang bermasalah. Sedari umur belasan tahun, Ust. Syakirin telah banyak merantau seorang diri demi mencari ilmu yang diminati.

 

Masa yang terluang diisi dengan mencari guru hingga beliau pernah berkelana ke Kalimantan, Indonesia dan diizinkan bertemu seorang wali Allah di sana. Ustaz Syakirin telah berguru sehingga 21 orang dalam pelbagai cabang keilmuan alternatif dan persilatan. Sedari mengisi ilmu yang ditimba, beliau telah mula merawat dan membantu para kenalan yang terdekat.

 

Selesai tamat pengajian di Universiti, beliau berpeluang bekerja dalam sektor 'Oil and Gas' sebagai Jurutera Perancangan yang memberikan peluang kepada beliau bertugas di beberapa buah negara. Beliau kemudian

ditawarkan bekerja sebagai Safety Officer di dua buah syarikat multinastional dan kerjaya 'makan gaji'nya berakhir setakat itu bila beliau mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Langkah pertama yang dilakukan adalah mengasaskan Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) dan beliau menjadi Perawat Alternatif Islam sepenuh masa. Secara sambilan, beliau mencari ilmu perniagaan dengan mereka yang telah berjaya. Kesedaran berniaga secara drastik timbul bila beliau berguru dengan seorang lelaki Cina tua di Pulau Pinang yang berstatus 'jutawan senyap'. Mulai saat itu, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan ilmu yang ditimba selama ini.

 

Melalui syarikat yang ditubuhkan, Ust. Syakirin beriltizam untuk berjaya dalam perniagaan dengan isian membantu mereka yang memerlukan. Selari dengan cabang perubatan dan antara isian dalam hadis Rasulallah S.A.W:

 

"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat......"

 

Hasil daripada pengalaman rawatan dan ilmu yang dituntut, maka Ridam Resources hari ini telah melahirkan pelbagai produk jenama sendiri untuk kegunaan masyarakat yang memerlukan.

 

 

bottom of page