top of page

PENGENALAN >>

 

RIDAM RESOURCES adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Disember 2012 . Operasi syarikat sebenarnya telah bermula pada 2009 di bawah nama Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) yang menyediakan khidmat rawatan alternatif secara Islam dengan gabungan keilmuan Psikologi, Allopati, Herba, Kiropraktik, Akupuntur, Tulang saraf dan dengan kaedah keilmuan tradisional Nusantara di Kemaman, Terengganu.

 

Melalui RIDAM, syarikat melangkah setapak kepada bidang pendidikan dengan menyediakan bengkel, seminar dan beberapa siri modul pembelajaran pengajian Ilmu Alternatif Rawatan Islam sehingga melahirkan lebih dari 1000 pelajar dari pelbagai peringkat umur yang mampu merawat walaupun secara asas. Syarikat juga telah menerbitkan beberapa buah buku berkenaan Ilmu Rawatan Alternatif Islam antaranya:

 

1) Panduan Lengkap Menjadi Perawat Islam

2) 13 Modul PLMPI (Keilmuan Nusantara)

3) 5 Modul Rawatan Alternatif Pilihan.

 

Pada awal 2012, syarikat mula mengeluarkan produk rawatan secara kecil-kecilan bila melihat potensi yang boleh digunakan dalam rawatan penyembuhan. Antara produk yang dikeluarkan adalah khusus untuk ikhtiar rawatan pelbagai penyakit gangguan mistik iaitu:

 

1) Atar Kasturi Hitam: .

2) Garam Kristal

3) Aura Balancer Ridam (ABR)

4) Air Pati Saffron

 

Pada waktu itu, herba-herba yang diguna dalam rawatan tidak dikeluarkan secara umum kerana syarikat mahu ianya betul-betul mampu memberikan hasil yang positif untuk pengguna. Maka, percubaan, kajian, penelitian serta perhatian diberikan pada aplikasi herba yang diguna dalam rawatan bagi melihat kesan yang diterima pada pesakit.

 

Tahun 2013, Syarikat mengeluarkan 3 jenis sabun herba yang masing-masing bertujuan untuk ikhtiar rawatan semua jenis penyakit kulit dan kegatalan, sabun booster minda dengan aplikasi keilmuan Aromaterapi dan Aura, dan juga sabun untuk masalah batin Wanita. Produk ini mendapat sambutan hangat dari pengguna tetapi pengeluarannya terhad kerana herba yang diguna tidak boleh dibeli di kedai. Stok herba yang diguna hanya boleh didapati dalam hutan belantara. Memikirkan kesukaran mendapatkan bahan herba tersebut, maka pengeluarannya dihentikan.

 

Pada Oktober 2014, pengasas syarikat telah mengeluarkan produk untuk masalah kebatinan lelaki iaitu Keting Besi Oil dan mendapat respon yang memberangsangkan dari pengguna hingga permintaan produk melangkaui Singapura, Brunei dan Thailand. Atas permintaan ramai yang inginkan 'ekpress' dalam hasil fitrah batin, produk kedua (TrueX Men Oil) pula diperkenalkan untuk 'ekstra booster' bagi tujuan yang sama. Kedua-dua produk ini adalah untuk kegunaan luaran dan dipasarkan (kontrak usaha-sama) oleh syarikat Smart Billion Solution sehingga kini.

 

Syarikat sangat berpuas hati dengan respon pengguna dan diharapkan dengan produk yang dikeluarkan, ianya mampu membantu ramai masyarakat yang bermasalah. Produk RIDAM RESOURCES diformulakan dengan kualiti yang terbaik tetapi dijual dengan harga mampu-milik agar semua orang berpeluang mendapat manfaat darinya.

 

Profil Syarikat

bottom of page